Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Islam tersebar dalam keadaan dagang (asing).
Dan ia akan kembali asing.
Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
(Riwayat Abu Hurairah)
Seringkali kita teragak-agak tika mahu berubah. Tidak kisahlah perubahan dari segi apa pun selagi ianya ke arah sesuatu yang lebih baik. Kerana kita takut, tahut menjadi ORANG ASING di tengah-tengah mereka yang kita sayangi. Kawan-kawan, keluarga, meraka di tempat kerja..
Tapi bagaimana pula, sekiranya perubahan ni sesuatu yang boleh menjadi tiket laluan ekspress ke pintu syurga? Bukan sahaja ke tombol pintu syurga, bahkan untuk masuk menikmati nikmat syurga yang indah, tiada tolok bandingnya dan abadi itu. Tak mahukah kita? Haihh...berat benar pilihan yang ada. Dan benar, melakukan, malah melangkah langkahan yang pertama ke arah perubahan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Ya. Bukan mudah, bahkan sukar.. Tapi, tika langkah pertama itu mampu dibuat, perasaannya, huihhh, ibarat manjaringkan gol kemenangan...Oh, tidak..Bahkan perasaannya lebih hebat lagi.Subhanallah.. Itulah ganjaran pertama daripada perubahan yang kita lakukan. Ianya baru ganjaran yang pertama.. Tunggulah sehingga langkah yang kedua, ketiga, dan seterusnya yang bakal dibuat..
Tapi, (banyak pula tapi nya), adakah kita fikir syurga itu murah harganya? Kalau murah, buat apalah para ulama, para sahabat, ustaz-ustaz, pendakwah-pendakwah (da'ie- ya, kita semua juga da'ie) bersunggu-sungguh mendalami agama, pergi berperang, menyampaikan Islam dan memperbaiki diri? Adakah anda fikir, mereka suka-suka kah? Sedang kita sibuk dengan hiburan, leka dalam kelaghaan dunia, hatta solat fardu cukup sekalipun, tidakkah kita terfikir, layakkah kita untuk syurga yang mahal itu? Cukupkah amalan kita untuk membayar tiket syurgayang mahal itu?
"Syurga..syurga..."..Seringkali perkataan ini keluar dari bibir kita apabila ditanya perihal destinasi impian..Tapi, sedarlah kita, cukupkah 'sekadar syurga di bibir' sedang hati kita tak menginginkan, sedang amal kita tak melambangkan syurga sebagai impian kita..naudzubillah.. Baiklah, nampaknya dah jauh tersasar dari tajuk asal..huhu
Dengan kesemua alasan/persoalan di atas, masihkah kita mahu ragu-ragu samada mahu membuat langkah pertama itu atau tidak? Bak kata Inche Gabbana (ya, saya juga pembaca setia beliau), makcik Hidayah tak akan selalu datang kepada kita..Sekali makcik Hidayah dah datang, apa lagi, rebutlah peluang itu. Gusar nanti, kita tak ketemu dengan makcik Hidayah lagi..naudzubillah..
Bimbang diejek atau dipinggir keluarga dan rakan-rakan yang masih belum diketuk pintu oleh makcik Hidayah? Usahlah bimbang, sedang kita diperlaku sedemikian, Allah melimpahkan kasih-sayangNya kepada kita.Apa lagi yang kita harapkan? Sedang semua yang kita ada tika ini, hatta yang membuatkan kita hidup hari ni sekalipun adalah milik Allah.Kalau tak puas hati lagi, ini bermaksud kita lah yang perlu suluhkan lampu di depan mereka yang kita sayangi supaya mereka pun sedar dan terketuk oleh makcik Hidayah juga.Kita lah yang perlu membuat langkah pertama supaya meraka dapat mengikut langkah pertama kita itu.
Perubahan tak memerlukan perubahan yang drastik, cukuplah sekadar yang kita boleh istiqamah dengannya. Namun, bukan bermakna selamanya begitu. Ala-ala mahu membina ketulan-ketulan otot di badan, beban perlu ditambah setiapkali kita telah biasa dengan berat beban yang ada. Apabila kita telah biasa dan istiqamah dengan perubahan yang kita lakukan itu, suntikkanlah lagi perubahan sedikit demi sedikit agar kita bisa menjadi manusia 'super saiya' yang hebat dunia akhirat, akhlaq, peribadi, kemahiran dan sebagainya.
Jadi, Jomlah kita sama-sama berusaha perbaiki diri, melakukan perubahan diri, menjadi ORANG ASING itu yang layak masuk ke syurga yang mahal itu..