Saturday, April 5, 2014

Ribut apakah

I was wrong.. Though being alone is part of me, it doesn't mean that I have to always be alone. I have supportive friends by my side, who always cheer me up, motivate me, help me, advise me and accompany me at times that I need them. Indahnya berukhuwah kerana Allah.. Kita tend to do something to help our sisters facing the challenges in life. Senang sama-sama, susah sama-sama.. Dan lagi indahnya ukhuwah fillah sesama mereka yang sama-sama berada dalam gerabak tarbiyyah.

Benar, "From failure, we learn a lot. From success, not so much" (Meet the Robinsons). Bukan je aku banyak belajar tentang FYP (dalam konteks situasi sekarang, huhu), tapi tentang erti hidup dan bersahabat itu sendiri. Lagi sangat-sangat benar, Allah turunkan mehnah kepada kita untuk jadikan kita lebih hebat lagi, lebih kuat lagi.. dan lebih bersabar. Subhanallah, hebat tarbiyyah daripada Allah kan.. So sweet.. Dan di saat jiwa sedang down dek ujian-ujian ni, solat, doa, saat-saat berduaan dengan Allah dan kebergantungan kita pada Allah kan terasa sangat berharga dan manis. Sangat lembut cara Allah menarik kita untuk ingat dan kembali padaNya.. Air mata yang mengalir tika diuji ini, bukanlah kerana ujian-ujian dan kepenatan dek ujian ini, tetapi kerana terasa kerdilnya diri dan jauhnya diri daripada Allah namun masih Allah nak beri ujian untuk aku kembali semula to the right track.

Semoga semua tetap kuat dan tabah menyiapkan FYP masing-masing. Tinggal sebulan? Macam tak sempat.. Tapi Allah kan pemilik masa, mohonlah daripada Allah akan kecukupan dan keberkatan sebulan ini =) (nasihat untuk diri sendiri T_T)


Teringat kata2 semangat dari seorang sahabat:

Dalam diari pejuang, tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, 'bala yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat..

Mereka tepu dengan masalah & ujian..

Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba, berdepan dengan belaian PENCIPTA, sebagai tanda ingatan-Nya..

Sabarlah wahai hati!

# Jazakillah khair, Kak :)

"Ketika masalah datang,
Allah tidak meminta kita
memikirkan jalan keluar hingga penat.
Allah hanya meminta kita sabar dan shalat."
(buku 'Perempuan Pencari Tuhan')