Monday, April 11, 2011

Kekasihku Rindu???


Acapkali aku terjaga tika sang mentari belum lagi mahu menampakkan cahayanya di bumi. jam 4, kadang-kadang 5..selalu sahaja aku tidur kembali...tapi sejak kebelakangan ini,wujud satu kesedaran dalam diri ni untuk muhasabah segala apa yang berlaku pada diri dan sekeliling..mula mencari hikmah di sebalik kejadian..

Mungkinkah Allah bangkitkan kita dari tidur awal kerana Dia rindukan kita?
-rindukan tahajud dan zikrullah daripada kita...
Mungkinkah Allah menjatuhkan semangat kita terhadap sesuatu kerana rindukan kita?
-rindukan doa dan rintihan daripada kita...
Mungkinkah Allah beri kesusahan kepada kita kerana rindukan kita?
-rindukan kebergantungan kita terhadap-Nya yang empunya segala ini...
Mungkinkah Allah sukarkan kita untuk khusyuk kerana rindukan kita?
-rindukan usaha keras daripada kita untuk Allah...untuk ibadat kerana Allah...tanpa putus asa...

atau, mungkinkah kerana sayangnya Allah kepada kita?
Pernah tak terjaga dari tidur di saat subuh sudah mula nak berlalu dan syuruk hampir muncul?Mungkin kerana Allah sayangkan kita...mahu kita bangkit untuk solat Subuh agar tak terlepas...acapkali....termasuk untuk solat asar dan maghrib terutamanya...

Pernah tak di saat kita jatuh, ada sahaja yang mahu membantu atau berita gembira yang datang?ya...betapa sayangnya Allah pada kita...sentiasa ada di saat kita lupa kepada-Nya...sentiasa ada di saat kita perlukan bantuan daripada-Nya...sentiasa ada di saat kita berjaya dan gembira,meskipun selalu sahaja kita lupa kepada-Nya...hina bukan diri ni yang tidak membalas rindu Allah...yang tidak membalas kasih sayang Allah ini...

Ya Allah,jauh di dasar hati ini ingin merasakan rindu kepada-Mu...ingin merasakan cinta kepada-Mu...namun,acapkali terlena dengan dunia ini...acapkali bermegah dengan nikmat kurniaan-Mu...Tunjukkanlah jalan buatku untuk membalas rindu-Mu itu dan berkasih sayang dengan-Mu serta merasai manisnya iman.....